SHAH ALAM, 21 DIS: Kementerian Wilayah Persekutuan telah menggerakkan aset air Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi lain di bawah kementerian itu, bagi mempercepatkan urusan mengeluarkan mangsa banjir di Taman Sri Muda.
SHAH ALAM, 21 DIS: Bilangan kenderaan yang banyak ditenggelami banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini antara cabaran yang dilalui anggota pasukan keselamatan ketika menjalankan operasi menyelamat pada waktu malam.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang bersidang hari ini mencapai persetujuan supaya isu banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, perlu diselesaikan segera.
SHAH ALAM, 21 DIS: Bantuan bot EXCO infrastruktur berjaya membawa keluar warga emas, kanak-kanak dan wanita mengandung yang terkandas akibat banjir di Taman Sri Muda semalam.
SHAH ALAM, 20 DIS: Badan bukan kerajaan atau individu yang ingin membantu menyelamatkan mangsa banjir di Taman Sri Muda diminta tidak melakukannya pada waktu malam demi keselamatan mereka, kata Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.
SHAH ALAM, 20 DIS: Episod duka di Taman Sri Muda yang dilanda banjir teruk sejak Sabtu lepas, mula menunjukkan sinar pada hari ketiga berikutan semakin ramai penduduk di kawasan berkenaan berjaya diselamatkan.
SHAH ALAM, 20 DIS: Seramai 321 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), tentera dan agensi berkaitan digerakkan bagi memindahkan segera mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.
SHAH ALAM, 19 DIS: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengarahkan penduduk di Taman Sri Muda di sini yang masih terperangkap akibat banjir diselamatkan secepat mungkin.
SHAH ALAM, 19 DIS: Dato' Menteri Besar meluangkan masa bagi membantu mangsa banjir termasuk sebuah keluarga yang baru kelahiran anak di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 23 di sini malam ini.
SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 300 penduduk sekitar Taman Sri Muda di Seksyen 25 di sini yang terkandas akibat banjir luar biasa sejak semalam diselamatkan setakat pagi ini.
SHAH ALAM, 8 JAN: Hampir 2,000 individu menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri dalam tempoh dua hari penganjurannya di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.
SHAH ALAM, 10 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan rondaan di sekitar Taman Sri Muda yang ketika ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.